Maahad Tahfiz Al-Istiqamah

membentuk generasi rabbani

Pembinaan Masjid Maahad Tahfiz Al-Istiqamah sedang berjalan. Ayuh bantu kami dengan menghulurkan sumbangan anda.

Sejarah Penubuhan

Maahad Tahfiz Al-Istiqamah(MTIS) ditubuhkan pada tahun 2017. Mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2018 dengan 20 orang pelajar bersama 4 orang guru. Maahad Tahfiz Al-Istiqamah beroperasi di atas sebuah lot tanah seluas 5.69 ekar yang telah diambil alih dari sebuah sekolah yang telah ditutup kemudian dijadikan sebuah kompleks yang menempatkan tahfiz yang dikenali ramai pada hari ini.

Selain Maahad Tahfiz Al-Istiqamah, di dalam kompleks pendidikan ini juga terdapat bangunan dan fasiliti untuk pelbagai aktiviti pendidikan untuk pelajar Maahad Tahfiz Al-Istiqamah dan juga orang awam. Bangunan yang telah berjaya dibangunkan adalah bangunan kelas 3 tingkat, dewan terbuka, asrama guru dan pelajar serta kantin. Kini, pembinaan masjid yang akan digunapakai sebagai tempat induk kelas hafazan dan kuliah umum sedang berjalan.

Sejak penubuhan, Maahad Tahfiz Al-Istiqamah sentiasa menjadi tumpuan masyarakat sekeliling untuk menuntut ilmu. Sepertimana matlamat penubuhannya yang bertujuan untuk menjadi pusat pemantapan Al-Quran, ulum Al-Quran serta ilmu-ilmu fardhu ain dan kifayah dalam menjadikan masyarakat muslim lebih berilmu dan mantap. Pihak Maahad Tahfiz Al-Istiqamah sentiasa komited untuk terus merangka dan melaksanakan program-program ilmu dalam mencapai misi untuk membentuk generasi rabbani.

Silibus Pembelajaran

Hafazan Al-Quran

Al-Quran merupakan petunjuk untuk sekalian manusia yang diturunkan Allah. Ia perlu sentiasa disebarkan, diamalkan dan dipelihara dalam kehidupan seharian manusia sepertimana yang diperintah oleh Allah. Namun, untuk menyebarkannya, memerlukan para pendakwah yang menghafal kitab suci Al-Quran ini di dalam dada mereka. Zaman berzaman, sejak zaman Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam, menghafal Al-Quran telah menjadi satu keperluan dalam meneruskan legasi agama Islam yang mulia ini. Para penghafal Al-Quran diangkat kemuliannya, dijadikan panduan serta menjadi tempat rujuk orang-orang beriman bertanya berkenaan Al-Quran.

Silibus Pembelajaran & Kokurikulum

Program & Aktiviti

Warga Pendidik & Staf

"Sesiapa yang membina masjid, Allah akan membina baginya istana di syurga kelak" - Hadis Sahih

ayuh! salurkan sumbangan anda

Phone

019 961 0849

011 5413 5727

Address

Lot 2061, Kg Padang Lalang, KM8 Jalan Maran, 28000 Temerloh, Pahang.


© 2023 Maahad Tahfiz Al-Istiqamah MUIP KS 32/2018. All Rights Reserved.