Ringkasan Program & Aktiviti
Maahad Tahfiz Al-Istiqamah sentiasa merangka program dan aktiviti yang akan memberi manfaat kepada pelajar dan juga masyarakat umum. Ulama-ulama dan pakar-pakar dari dalam dan luar sentiasa dijemput untuk menyampaikan ilmu di Maahad Tahfiz Al-Istiqamah.
Kelas hafazan, kelas tahsin bacaan, program persijilan dan kursus pendek antara program yang telah diadakan di Maahad Tahfiz Al-Istiqamah. Program-program ini telah memberi manfaat kepada para peserta dari masyarakat awam dan terutamanya para pelajar sendiri. Program-program yang diadakan telah memberi pendedahan serta menambah baik kemahiran serta kefahaman perserta yang hadir.
Talaqqi Al-Quran 30 Juzuk Bersanad
Belajar Al Quran secara bertalaqqi membawa pengertian pengajaran dan pembelajaran Al Quran secara bersemuka merupakan kaedah yang dipelopori oleh para sahabat yang belajar Al Quran daripada Rasulullah SAW. Proses talaqqi ini dipersetujui oleh para ulama sebagai satu proses atau kaedah yang digunapakai dalam memindahkan bacaan al-Quran daripada seorang guru kepada muridnya.
Kursus Persijilan Kemahiran Al-Quran(KPKQ)
KPKQ merupakan program persijilan jangka pendek yang disusun khas bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk mendalami ilmu-ilmu Al Quran yang sentiasa diperlukan kerana setiap Muslim semestinya menjadikan Al Quran sebagai teman dan panduan untuk diamalkan dalam kehidupan.
Rest For Caliph Quranic Camp (RFCQ)
RFCQ merupakan program cuti sekolah yang disusun khas untuk remaja/anak2 pelajar sekolah rendah dan menengah mendalami ilmu-ilmu Al Quran, motivasi Al Quran, modul sunnah Rasul di samping mengisi masa cuti sekolah untuk dimanfaatkan dengan aktiviti keagamaan.
Kelas Pengajian Tajwid & Talaqqi Umum Dewasa
Modul pembelajaran khas iaitu Pembelajaran Al Quran 3 dalam 1 (3T : (Tajwid-Talaqqi-Tadabbur) serta bacaan Al Quran, Tajwid & pengisian rohani di bawah bimbingan guru yang telah mempunyai sanad bacaan Al Quran sampai kepada Rasululah saw sehingga khatam 30 juz.
Tahsin Al-Fatihah & Asas Ilmu Qiraat
Ke arah memantapkan bacaan Surah Al Fatihah yang merupakan surah utama dan penting dalam kehidupan serta menawarkan modul pendedahan khas ilmu Qiraat yang membincangkan pelbagai jenis bacaan Al Quran serta teori bacaan Qiraat Surah Al Fatihah.
Kursus Persijilan Photoshop (KPPS)
KPPS merupakan program persijilan yang disusun khas bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk menceburi seni grafik yang kini mendapat tempat dikalangan masyarakat dan sering menjadi keperluan bagi setiap organisasi tanpa mengira latar belakang bidang.
Seminar Rasm Uthmani & Dhabt Al-Quran
Perbincangan dan modul berkenaan tulisan Al Quran yang mempunyai keunikannya tersendiri yang dinamakan Rasm Al Uthmani dan turut mendedahkan rahsia simbol-simbol yang terdapat di dalam Al Quran dengan fungsinya tersendiri bertujuan memantapkan lagi bacaan Al Quran.
"Sesiapa yang membina masjid, Allah akan membina baginya istana di syurga kelak" - Hadis Sahih
ayuh! salurkan sumbangan anda
Phone
019 961 0849
011 5413 5727
Address
Lot 2061, Kg Padang Lalang, KM8 Jalan Maran, 28000 Temerloh, Pahang.
© 2023 Maahad Tahfiz Al-Istiqamah MUIP KS 32/2018. All Rights Reserved.